Tuesday, May 22, 2018

Dua kali SPRM menghadap Majlis Raja-Raja tapi...

 
   
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja Melayu sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.

Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.
"Kami dua kali jumpa Majlis Raja-raja, tapi kami hampa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.
Tambahnya, SPRM pada masa itu berikrar kepada Majlis Raja-Raja untuk meneliti perkara itu.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment