Sunday, January 21, 2018

Nak lawan BN kena belajar dari PAS - Idris Ahmad


Mana-mana parti pembangkang perlu belajar daripada PAS untuk menentang BN pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

"Ada orang nak ajar PAS (berlawan dengan BN). Nak lawan BN kena belajar dengan PAS. Ini baru nak belajar jadi pembangkang, nak ajar kita jadi pembangkang pula.
"Itu pun pasal dia lari dari Umno sebab tak dapat dedak, bukan kerana prinsip. Kita belajar lebih 60 tahun," katanya ketika berucap pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam hari ini.

Tanpa menamakan individu terbabit, kenyataan Idris itu dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Idris berkata PAS telah lama berdepan musuh politiknya itu hampir setiap pilihan raya, kecuali sekali ketika membentuk kerajaan campuran bersama BN pada 1974.

"13 kali pilihan raya (PAS bertanding), cuma sekali je tak (lawan) dengan BN ketika berada dalam kerajaan campuran dengan BN. Lain semua kita lawan.
"Waktu dia (Maahthir) pimpin pun kita lawan. Takkan kita jadi pembangkang tak lawan. Tengok kakilah," katanya.

Selain itu, anggota parlimen Bukit Gantang itu turut menasihati anggota PAS agar memastikan sebuah parti Islam memenangi pilihan raya.
Katanya, rakyat perlu meletakkan Islam di hadapan seperti yang diperjuangkan PAS agar semua kaum dan bangsa berada dalam keadaan selamat.

"Kita yakin dan percaya bahawa dengan Islam, akan beri keselamatan. Islam selamat, Melayu selamat. Islam selamat, Cina selamat. Islam selamat, India, Kadazan, Murut selamat.
"Melayu selamat belum tentu Islam dan Melayu selamat. Bila Islam selamat, semuanya akan selamat," katanya lagi.
Malaysiakini 21/1/18

1 comment:

  1. Nak belajar lawan BN dengan PAS..hahahaha..kalau dah 60 tahun berlawan tapi setiap kali PRU hasilnya sama...apa sangat ilmu lawan BN yang kamu mampu ajar Deris oiii....buat benda yang sama setiap kali tapi harap keputusan yang berbeza...tak tau la nak kata apa...

    ReplyDelete