Sunday, August 13, 2017

MP PKR: Langkah SPRM bukti syor saya beku AP bauksit ternyata tepat

 | August 13, 2017
Fuziah berkata kenyataan beliau pada 30 Jun lalu menyebut cara terbaik untuk menguruskan isu perlombongan bauksit haram adalah dengan membekukan permit eksport khas.
Fuziah-Salleh-bauksit-kuantan-sprmPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh menyifatkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita keseluruhan simpanan stok bauksit lebih 10 juta tan metrik bagi membantu siasatan terhadap isu perlombongan haram membuktikan apa yang beliau sarankan selama ini ternyata benar.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, penyitaan itu dibuat bagi menghalang bahan tersebut daripada dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan atau tujuan lain.

Fuziah berkata kenyataan beliau pada 30 Jun lalu menyebut cara terbaik untuk menguruskan isu perlombongan bauksit haram adalah dengan membekukan permit eksport khas.
“Semalam SPRM menyita 10 juta metrik ton simpanan bauksit.

“Jumlah yang teramat banyak bukti kerakusan manusia dan kegagalan penguatkuasaan agensi-agensi terlibat. Ia juga menyerlahkan sifat ketamakan pihak pelombong haram dalam membuat keuntungan tanpa mengambil kira kerosakan kepada alam sekitar dan kesan kepada kesihatan awam,” kata beliau.

Fuziah menambah, pada 8 Ogos lalu apabila menteri sumber asli dan alam sekitar membuat kenyataan tentang jumlah eksport bauksit, maka amat jelas membuktikan berlaku perlombongan bauksit haram apabila jumlah simpanan di luar pelabuhan menjangkau 5.8 juta metrik ton sedangkan jumlah simpanan permulaan hanya 5.4 juta metrik tan.

“Saya juga telah beberapa kali sebelum itu menyarankan perkara yang sama iaitu bekukan permit eksport khas untuk membenarkan perlombongan haram tidak terus berlaku,” katanya.

Fuziah berkata, beliau tidak menentang industri perlombongan bauksit, namun segala bentuk aktiviti ekonomi mestilah lestari dan menjunjung prinsip dan kaedah menang-menang.
“Maksud menang-menang ialah apabila pelombong dapat untung, negeri juga dapat pulangan, rakyat dapat manfaat dan bukan dapat penyakit dan alam sekitar juga dipastikan tidak tercemar.”

Azam berkata tindakan penyitaan bauksit berkenaan meliputi seluruh simpanan stok yang berada di tanah kerajaan dan persendirian di kawasan yang dikenal pasti di negeri itu.

Menurutnya, penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan mana-mana pihak yang melanggar notis arahan penyitaan tersebut melakukan kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69 akta sama.

Sehingga kini, katanya, dianggarkan terdapat lebih 10 juta tan metrik bauksit yang dilombong serta disimpan di beberapa lokasi di Pahang.
Azam berkata, SPRM turut mengadakan perbincangan bersama kementerian sumber asli dan alam sekitar serta mencadangkan kementerian itu mengkaji semula pengeluaran Permit Kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong bauksit serta membatalkan semua AP yang dikeluarkan sebelum ini.

1 comment:


  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sri Wahyuni biasa di panggil Mba Sri, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro (+6282354640471) katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya.Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya,baiknya melalui jalan togel saja.Dan angka yang di berikan beneran tembus ,4607 dan saya dapat 275 juta alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. walaupun ini melalui togel

    ReplyDelete