Tuesday, January 24, 2017

Tidak perlu respons Mahathir: Nurul Izzah

Nurul Izzah
Nurul Izzah
KUALA LUMPUR - “Sebagai mantan perdana menteri, beliau boleh memberi kenyataan sendiri”.

Demikian respons Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tempoh untuk Pas berbincang dengan Pakatan Harapan telah berakhir.
Menurutnya, tumpuan utama Pakatan Harapan adalah kepada usaha memastikan satu lawan satu dengan BN.

“Saya tidak perlu komen. Yang penting tumpuan satu lawan satu,” katanya.
Mahathir dilaporkan berkata, Bersatu menyatakan syarat kepada Pas, namun parti Islam itu tidak memberi jawapan.

“Hasrat Bersatu, jika Pas tak nak sertai Pakatan Harapan, kami akan berada dalam Pakatan Harapan. Kalau Pas tak nak, (biar) tak naklah,” katanya dalam satu majlis dialog.
 

No comments:

Post a Comment