Wednesday, January 11, 2017

RUU 355: Tak payah buat himpunan, kata Ibrahim Ali

 | January 10, 2017
Presiden Perkasa mencadangkan PAS mengumpul tanda tangan sebagai sokongan berbanding mengadakan perhimpunan di ibu kota.
ibrahim-ali-akta-355-1
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mencadangkan PAS mengadakan petisyen bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 yang turut dikenali RUU 355.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan mengumpul tanda tangan sebagai sokongan dilihat lebih baik berbanding mengadakan perhimpunan di ibu kota.

“Pungutan suara itu lebih baik, lebih teratur dan akan menampakkan PAS lebih ikhlas memperjuangkan apa yang dituntut dalam Islam dan bukannya untuk agenda politik,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan PAS mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai cadangan pindaan Akta 355 itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis hanya akan membenarkan “Himpunan 355” diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb ini sekiranya penganjur mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

1 comment:

  1. Awalnya aku tidak percaya saya selama alam ghaib aku meencoba bergabung bersama EYANG WORO MANGGOLO alhamdulillah saya bisa merubah nasib saya membahagiakan keluarga saya berkat angka togal EYANG WORO MANGGOLO bagi anda yang kesulitan dari keuangan bergabunglah bersama kami yakin dan percaya anda bisa merubah merubah nasib anda berkat angka togel eyang bergabunglah hubungi nomor Eyang woro manggolo di 0823-9177-2208

    ReplyDelete