9/3/16
Satu tinjauan media sosial yang dilakukan Malaysiakini mendapati
terdapat sokongan padu terhadap Deklarasi Rakyat dan peranan dimainkan
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan itu.
Daripada 5,852 responden di Facebook dan akaun Twitter Malaysiakini
(Bahasa Inggeris), 76.2 peratus memihak perisytiharan itu yang
bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
daripada jawatannya.
Bagaimanapun, 11.6 peratus memilih untuk
menolak perisytiharan itu dan keputusan pembangkang bekerja dengan
Mahathir, 8.8 peratus mengatakan ia tidak akan berjaya, 16 peratus
berasa skeptikal dan 7 peratus lagi berkata mereka tidak peduli.
Deklarasi
Rakyat untuk 'Menyelamatkan Malaysia' itu ditandatangai Jumaat lalu dan
diketuai oleh Mahathir dalam usaha menyingkirkan Najib sebagai PM,
serta melaksanakan pembaharuan terhadap institusi negara.
Antara
mereka yang menandatangani deklarasi itu ialah timbalan presiden Umno
yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli-ahli parlimen
pembangkang Azmin Ali dan Lim Kit Siang, serta pemimpin masyarakat
sivil, Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah.
No comments:
Post a Comment